Wednesday, 30 December 2009

Malaysia vs Egypt

Khamis lepas, ada perlawanan bola diantara Malaysia dan Egypt di padang bola Riffa. Bagaimanapun Malaysia tewas kepada Egypt.
Malaysia 2 - 5 Egypt

Pemain Malaysia
Pemain EgyptPerlawanan bermulaPenjaga gol Egypt telah mengalami kecederaan. Tak silap terkena tangan semasa pemain Malaysia ingin menyepak bola.
Sepanjang perlawanan, saya dapat mendengar 2 bahasa; bahasa melayu dan bahasa arab.
Jadi kedua-dua pasukan tidak tahu apa arahan yang diberi oleh pihak lawan kepada rakan mereka... hehehe
Berlawan tamat pada pukul 12malam.
Kami terus pulang ke rumah.
Kalau di Malaysia mahu agaknya kami dan rakan-rakan lepak minum teh tarik dan makan roti canai... (time nie le rindu Malaysia sangat)

Tuesday, 29 December 2009

Desert Camping

16hb dan 17hb merupakan "Bahrain National Day". Jadi sudah tentu tak kerja kan...
Jadi ada beberapa telah membuat cadangan mengadakan "Desert Camping @Sakhir" pada tarikh tersebut. Ramailah juga yang pergi.


Sepanjang perjalanan ke tempat tersebut, banyak khemah dan macam-macam keluasan.
Selain itu, kawasan ini sebenarnya dipenuhi dengan batang-batang paip minyak.


Selalunya kalau lalu jalan ni, tak pernah pula nampak ada api. Atau adakah saya yang tak perasan...hmmmmm
Ia adalah kepunyaan "Bahrain National Gas Company".
Tak dapat bayangkan jika ia meletup...


Akhirnya kami sampai ke khemah yang rakan-rakan tempah.
Banyaknya kereta. Ada van jual ais-krim dan popcorn lagi.


Sampai je saya dan hubby lepak di khemah.
Memandangkan sebelum itu, kami sudah makan donut, jadi lambat sikit saya makan.
Ada beberapa permainan disediakan.
Kumpulan ibu dan anak-anak perempuan bermain cari harta karun.
Saya tidak main sebab tidak berapa sihat (lagi pun memang tak nak main pun... :P)


Untuk golongan bapa dan anak-anak lelaki, mereka bermain bola sepak.

Actually, sebelah pagi sudah bermula beberapa permainan.
Tapi takde gambar sebab kami sampai pukul 2. Kira awallah tu...
Kalau tidak selalunya kami akan sampai pukul 4.


Acara menyalakan menyalakan api bermula.
Maklumlah bila malam kawasan ni sejukkkkkkk teramat.


Untuk acara malam diadakan persembahan dari kanak-kanak dan juga karaoke.
(gambar hanya ada di facebook :D)

Upacara birthday juga diadakan. 3 kek untuk 2 hero dan 1 heroin.

Saya dan suami meninggalkan kawasan tersebut pada pukul 12 tengah malam.
Dalam pukul 12.45 kami selamat sampai rumah.
Lambat sampai rumah kerana dari khemah ke bulatan jalan sesak.
Sempat kami check email dan menonton sekejap sebelum tidur.
Hampir pukul 3 pagi, kami pun zzzZZZzzz...

Speed Weekend Bahrain

Pada 11hb, saya, suami dan beberapa rakan telah pergi ke Bahrain International Circuit.
Jadi penonton kereta lumba. Tapi tak banyak gambar kereta lumba yang saya ambil guna kamera kecil, sebab sibuk ambil gambar guna kamera lain.


Kereta ini hanya untuk pameran. Alangkah bagus jika hubby belikan kereta nie...
Kereta 2 pintu memang kesukaan ku... huhu


Kereta ni nampak solid


Acara melepak selepas tamat perlumbaan.


Apabila matahari terbenam, ada beberapa rakan bermain go-kart.
Selepas itu kami beramai-ramai pergi dinner.

Wednesday, 23 December 2009

Makanan

3 minggu lepas; hari Jumaat, kami telah pergi makan malam di Applebee's dekat dengan Geant. Itu pun setelah buntu tak tahu nak makan apa. Banyaklah juga, kedai-kedai makan yang saya sebut tapi suami masih buntu. Apabila saya sebut "Applebee's", dia terus kata "hmmmm, bolehlah...jom". Ini adalah kali ke-3 kami makan malam di sana. Mula-mula dulu pergi dengan kawan kami & kali-2 masa birthday saya 2 tahun lepas... Lama tu tak pergi...

Minuman ini namanya Sangria. Di dalamnya ada beberapa potongan buah-buahan

Ini pula adalah 'appertiser'nya
Ini pula, makanan suami. Namanya 'Italian Bistro Chicken'. Habis tu...

Yang ini pula, makanan saya. Namanya Fired Up (Sirloin, mashed potatos, grilled vege & garlic/mushroom). Seperti biasa, akan ditapau sebab tak habis. :P
Rabu dan Khamis lepas, Bahrain cuti sempena menyambut "Bahrain National Day"...huhu
Hari Rabu, kami dan kawan-kawan pergi Sakhir, untuk desert camping (nanti cerita).

Gambar dibawah ini, adalah makanan tengahari kami pada hari Khamis.
Suami mahu makan pizza di Restoran Zayt Zaytoon.
Sprite untuk suami dan oren untuk saya.

Hommos dan roti, makanan wajib suami saya.
Psstt... ada nampak tangan dan roti tak? Orang tu kelaparan sampai tak sempat nak isterinya nak ambil gambar... hehehe
Inilah pizza di Zayt Zaytoon. Kalau ikutkan suami saya mahu 'cheese pizza' tapi saya tak mahu. Bukan apa muak lah. Jadi saya minta dia pilih 'vegetarian pizza'.
Nasib baik dia setuju... sayang. ayang... muahhhhhhh
Selepas makan ingatkan hendak merayap, tapi suami rasa mengantuk pula.
Maklumlah, lepas makan. Lagi pun balik dari desert camping pukul 12 lebih (tengah malam), sampai rumah bukannya tidur terus. Kami sempat lagi check email dan tengok tv sekejap.


Tuesday, 15 December 2009

Bahrain Fort

Aktiviti kami masa cuti raya haji.
Kami pergi dengan kawan maklumlah lagi pun masa tu kereta kami rosak.



Pemandangan dari Bahrain Fort. Di sana ada cafe.
Masa ini matahari tengah terbenam. Cantik cahayanya.

Dari Bahrain Fort, kami terus ke Arad Fort.
Bagaimanapun, kami tidak boleh masuk sebab Arad Fort sudah tutup.
Masa tengah mencari parking, adalah owner kereta tak geti parking.
Tengoklah cari mereka parking, ikut dannnnnn jer (2 parking lot tu)

Tuesday, 8 December 2009

Hujan

Bahrain dilanda hujan lagi...
2 hari lepas hujan dari pagi sampai ke tengah malam.
Semalam cuaca cerah, bagaimanapun pada lewat malam hujan turun semula.


Bestnya kalau dapat sambung tidur :D



Monday, 30 November 2009

Keluar dari pertapaan

Berhari-hari bertapa di rumah, akhirnya hari ini keluar, itu pun untuk pergi makan pizza. Bertapa tu bukan sebab malas hendak keluar tapi gara-gara tiada kereta.
Tiba-tiba sahaja kereta tidak boleh hidup enjinnya.
Jadi kereta kena tunda ke pusat servis.
Hari Selasa, barulah pejabat pusat servis buka.
Ini kerana pejabat tutup untuk Hari Raya Haji.


Ini adalah salad sebagai pembuka selera (kongsi).

Garlic bread untuk suami saya. Sebenarnya garlic bread ini ada 4 keping, tapi tidak sempat ambil gambar suami sudah makan 2 keping.

Potato wedges pula untuk saya

Pizza Hawaiian penuh dengan cheese. Ada 6 keping; 4 keping untuk suami saya dan 2 keping untuk saya. Kalau ikutkan saya makan sekeping sahaja sebab muak (cheese banyak sangat)


Gambar di bawah pula, adalah "bola kentang" (tidak tahu nama sebenarnya), adalah juadah kami pada Hari Raya Haji.
Nasib baik jadi dan suami kata "sedap" :-)


Tuesday, 17 November 2009

Demo - dibuat drpd manik

Hari ini saya dengan beberapa rakan telah dijemput ke rumah salah seorang rakan kami.
Kawan ni reti buat rantai, gelang & anting2 dari manik.
Buat saya dan rakan2 yang baru belajar, kami diajar basic dulu.
Mula2 tu tak tau juga, tapi lepas itu, oklah...

Kami diajar buat cincin.
Inilah cincin yang saya buat untuk diri sendiri :-)