Monday 31 May 2010

Doaku, sahabat

Minggu lepas, seorang kawan ku telah mengalami kecederaan
semasa untuk "charity".
Sebagai seorang kawan,
daku hanya boleh mendoakan
semoga di kau cepat pulih seperti sediakala.

Wednesday 26 May 2010

Hari yang istimewa

Pada tarikh ini, merupakan hari yang istimewa buat diri ini...
Akhirnya aku menjadi milikmu yang sah...
Setelah berkawan dan bertunang selama 2tahun 5bulan...

Terlalu banyak onak dan duri
yang harus kita hadapi
untuk mengecapi kebahagiaan ini
Akhirnya kita temui jua kebahagiaan itu
Daku harap ia akan berkekalan hingga ke akhir hayat


Happy 10th Anniversary, Sayang
Love u forever and ever


Sunday 23 May 2010

Kembali ke pangkuan ku

Semalam tepat pukul 1.30 tengahari, suamiku selamat mendarat di Lapangan Terbang Bahrain.
2 minggu, dia ke Malaysia atas urusan kerja.
Banyak barang suami ku bawa balik.
Makanan yang frozen dan non-frozen.
Pakaian dan beberapa keperluan ku.
Boleh dikatakan semua barang-barang tersebut aku yang kirim.
Makanan ku simpan ditempat-tempatnya pada waktu petang.
Pakaian pula, aku kemas pada waktu malam.


(dah teringat hendak mengambil gambar, tapi bila mula berkemas, terus terlupa... hehehe)

Friday 21 May 2010

Tiada kata-kata

Terkejut...
Tersentap...
Terkedu...
Dengan teguran itu

Itu sahaja yang mampu ku katakan buat masa ini...

Bagaimanapun akan ku cuba...
Insya-Allah