Wednesday, 23 December 2009

Makanan

3 minggu lepas; hari Jumaat, kami telah pergi makan malam di Applebee's dekat dengan Geant. Itu pun setelah buntu tak tahu nak makan apa. Banyaklah juga, kedai-kedai makan yang saya sebut tapi suami masih buntu. Apabila saya sebut "Applebee's", dia terus kata "hmmmm, bolehlah...jom". Ini adalah kali ke-3 kami makan malam di sana. Mula-mula dulu pergi dengan kawan kami & kali-2 masa birthday saya 2 tahun lepas... Lama tu tak pergi...

Minuman ini namanya Sangria. Di dalamnya ada beberapa potongan buah-buahan

Ini pula adalah 'appertiser'nya
Ini pula, makanan suami. Namanya 'Italian Bistro Chicken'. Habis tu...

Yang ini pula, makanan saya. Namanya Fired Up (Sirloin, mashed potatos, grilled vege & garlic/mushroom). Seperti biasa, akan ditapau sebab tak habis. :P
Rabu dan Khamis lepas, Bahrain cuti sempena menyambut "Bahrain National Day"...huhu
Hari Rabu, kami dan kawan-kawan pergi Sakhir, untuk desert camping (nanti cerita).

Gambar dibawah ini, adalah makanan tengahari kami pada hari Khamis.
Suami mahu makan pizza di Restoran Zayt Zaytoon.
Sprite untuk suami dan oren untuk saya.

Hommos dan roti, makanan wajib suami saya.
Psstt... ada nampak tangan dan roti tak? Orang tu kelaparan sampai tak sempat nak isterinya nak ambil gambar... hehehe
Inilah pizza di Zayt Zaytoon. Kalau ikutkan suami saya mahu 'cheese pizza' tapi saya tak mahu. Bukan apa muak lah. Jadi saya minta dia pilih 'vegetarian pizza'.
Nasib baik dia setuju... sayang. ayang... muahhhhhhh
Selepas makan ingatkan hendak merayap, tapi suami rasa mengantuk pula.
Maklumlah, lepas makan. Lagi pun balik dari desert camping pukul 12 lebih (tengah malam), sampai rumah bukannya tidur terus. Kami sempat lagi check email dan tengok tv sekejap.