Thursday 18 March 2010

Makan malam di Bushido

Sempena ulang tahun ku, suami ku telah membawa ku makan malam di luar.
Kami pergi disalah sebuah restoran Jepun yang bernama BUSHIDO.
Pertama kali, aku ke sana. Suasana didalamnya agak suram.
Kami suka makanan di sana.
Kali ini, kami makan teppayaki tanpa sushi.
Ini kerana, minggu lepas kamu telah makan sushi di BCC.


Gambar2 akan diupload kemudian... (kena pujuk cameraman proses gambar cepat)

Wednesday 17 March 2010

170375

Hari ini merupakan hari lahir ku yang ke-**.
Semoga segala amalanku diberkati Allah
Dimurahkan rezeki
Jua kekuatan untuk menghadapi dugaan atau cabaran di masa akan datang
Amin

Thursday 4 March 2010

Yang diimpikan terlaksana...

Lagi 2 minggu adalah hari lahir ku...
Tapi hadiah dari hubby sudah dapat hari sabtu lepas
Terima kasih, sayang menunaikan kehendak isterimu yang mahukan tv lcd :-)
Bagaimanapun, home theater & blu-ray dvd player tiada dalam package hadiah.

Disc blu-ray ni beli melalui internet rasa2nya lagi murah daripada beli di Bahrain.

Thank you so much, Ayang...
Love u... muahhhhh


Hadiah untuk keluarga

Hujung bulan Januari lepas, telah ada "Autumn Fair".
Jadi saya beli barang untuk Umi dan Abah di Malaysia.
Untuk Umi, saya belikan sarung kusyen dari Syria.

Untuk Abah pula, ayat kursi. Ia merupakan hadiah hari lahirnya pada hujung bulan March.

Memandangkan adik ipar saya juga menyambut hari lahir pada awal bulan March, jadi saya belikan shirt dari Marks & Spencer.

Hari lahir Azwa pada awal bulan Februari, jadi saya belikan dia tuala "Princess".

Alang2 mahu menghantar barang2 tersebut, saya sertakan beberapa barang yang saya beli masa pergi Rome, Istanbul dan Cyprus.