Monday, 30 November 2009

Keluar dari pertapaan

Berhari-hari bertapa di rumah, akhirnya hari ini keluar, itu pun untuk pergi makan pizza. Bertapa tu bukan sebab malas hendak keluar tapi gara-gara tiada kereta.
Tiba-tiba sahaja kereta tidak boleh hidup enjinnya.
Jadi kereta kena tunda ke pusat servis.
Hari Selasa, barulah pejabat pusat servis buka.
Ini kerana pejabat tutup untuk Hari Raya Haji.


Ini adalah salad sebagai pembuka selera (kongsi).

Garlic bread untuk suami saya. Sebenarnya garlic bread ini ada 4 keping, tapi tidak sempat ambil gambar suami sudah makan 2 keping.

Potato wedges pula untuk saya

Pizza Hawaiian penuh dengan cheese. Ada 6 keping; 4 keping untuk suami saya dan 2 keping untuk saya. Kalau ikutkan saya makan sekeping sahaja sebab muak (cheese banyak sangat)


Gambar di bawah pula, adalah "bola kentang" (tidak tahu nama sebenarnya), adalah juadah kami pada Hari Raya Haji.
Nasib baik jadi dan suami kata "sedap" :-)