Saturday 16 January 2010

Hari Ke-6 di Limassol, Cyprus

Ini merupakan hari terakhir kami d Cyprus.
Pagi selepas sarapan, kami berjalan di sepanjang pantai.
Hampir tengahari kami balik ke hotel dan check-out.
Kami selamat sampai di rumah pada pukul 7 malam.

Friday 15 January 2010

Hari Ke-5 di Limassol & Paphos, Cyprus

Rancangan hari ini telah dibuat oleh bos suami saya.
Dia telah meminta pemandu taximembawa kami ke kawasan bernama Paphos.
Kami pergi ke sana waktu tengahari.
Ia merupakan kawasan peranginan.
Cantik pemandangannya dari atas bukit.

Thursday 14 January 2010

Hari Ke-4 di Limassol, Cyprus

Hari ini, angin kencang sangat...
Rasa-rasa boleh ditiup angin sampai ke Paris :P
Terasa sejuk teramat dan tiada orang memancing sebab ombak kuat.
Mulalah berangan rumah di tepi pantai... hehehe

Kali ni lepas kerja kami pergi Debenhams lagi sekali.
Tujuan hanya untuk window shopping jer

Selepas merayap di Debenhams, kami pergi Goody's sebelah hotel. Makanan lebih kurang macam McDonalds. So kami pilih fish.

Selepas makan kami terus balik ke hotel.

Wednesday 13 January 2010

Hari Ke-3 di Limassol, Cyprus

Hari ini, cuaca kurang baik... Sekejap hujan sekejap tak.
Rosak program saya hendak pergi makan tengahari dengan suami di TGIF (office dia sama bangunan dengan TGIF).
Jadi kami tukar plan, pergi ke Debenhams selepas waktu kerja.
Memandangkan Debenhams dekat dengan hotel, jadi saya berjalan kaki dari hotel dan jumpa dengan suami di sana.
Masa tengah berjalan tiba-tiba hujan turun.
Dahlah tu... Sampai je di Debenhams frust gila sebab hari rabu mereka tutup pukul 3 petang. Last-last kami berjalan dan mencari tempat makan.
So kami makan di Pizza Plus.
Sedap gak pizzanya tapi rasa-rasanya sedap lagi pizza di Rome.

Hari Ke-2 di Limassol, Cyprus

Kami telah dibawa oleh seorang staff ke salah sebuah shopping mall di sini, My Mall.
My Mall merupakan salah sebuah shopping mall yang terbesar di Cyprus.
Ada 150 kedai (baju, aksesori, kasut), kedai makan dan tempat bermain skating.
Selepas window shopping, kami terus dinner di Ocean Basket.


(gambar signboard dan entrance shopping mall diambil dari website)

Tuesday 12 January 2010

Hari Pertama dan Ke-2 di Limassol, Cyprus.

Semalam kami selamat sampai di Cyprus.
Kami menginap di Holiday Inn Limassol.
Ini adalah pemandangan dari bilik penginapan kami.

Bangunan gereje kot.

Ini pula, pemandangan dari sebelah belakang.
Ada kolam renang, mengadap laut lagi.
Kan bagus jika pandai berenang...
Private beach... Ada gak orang memancing.
Seperti biasa, suka bila tempat ada bunga :-)
Yang ini bukan bunga tapi tak taulah apa dia...
Bentuk macam lada tapi kecik.
Kucingggggggg...
Buat Kak Maheran, adakah ini kucing-kucing anda?
Kak Ayu, jangan takut... Kucing-kucing ni akan bila nampak akk...hehehe
Opsssss... yang bawah umur dilarang menonton adegan ini :P
Susah nak ambil gambar kucing ni... Asyik nak meleset jer...Buah limau ini diberi oleh pihak hotel.
Sedappppppppp dan rasa manis.

Monday 11 January 2010

Yippieeeee... I will follow him


1. Mrs. Esza Rabaatul Adawiyah Md Eshak (adult)


Your Flight(s) Information



Flight Depart Arrival Class Recommended Check-in
1. GF941 Bahrain (BAH)
Mon, 11 Jan
11.30
Larnaca (LCA)
Mon, 11 Jan
13.45
Economy (Q) 1h30m before flight
2. GF942 Larnaca (LCA)
Sat, 16 Jan
14.40
Bahrain (BAH)
Sat, 16 Jan
18.20
Economy (Q) 2h before flight

Wednesday 6 January 2010

Al-Fatihah


Kembalinya arwah Ariffin Bin Wodi kepada PenciptaNya hampir pukul 7 malam.
Arwah merupakan abang sulung kepada abah.
Puncanya : tiba-tiba jatuh dari motor terjatuh semasa menunggu cucunya di sekolah.
Orang ramai membantu dan membawanya ke klinik.
Doktor mengesahkan arwah meninggal kerana sakit jantung.
Begitulah jika sudah ajal, tidak dapat dijangka.

Masa balik di Malaysia, sempatlah jumpa arwah 3 kali.
Pertama masa kazen saya kawin, kedua masa buka puasa di kampung dan ketiga masa balik kampung untuk settlekan penukaran nama tanah.
Tambahan lagi rumah arwah hanya dibelakang rumah embah (atok).

Semoga arwah ditempatkan disamping mereka yang beriman...


Al-Fatihah

Amin

Friday 1 January 2010

2010

Selamat tahun baru...
Saya, hubby dan kawan sambut tahun baru di TGI Fiday's.
(gambar akan di upload nanti)

Bahrain dilanda hujan yang dianggap lebat.
Sampai sekarang hujan belum berhenti lagi... huhu


Semoga apa yang dihajatkan tercapai pada tahun ini...
Amin