Friday, 3 December 2010

Hajj 1431H-10/11/10

10.11.10, pukul 1.30pagi, saya dan suami telah bertolak ke airport untuk berkumpul bersama-sama jemaah lain disana. Di satu sudut, kebanyakkan jemaah lelaki berbaris untuk mendapatkan semula passport daripada travel agent kami.
Selepas itu, kami dan jemaah lain masuk ke tempat penunggu. Walaupun flight kami pukul 5.30pagi tapi kami telah diminta masuk ke kapal terbang sejam lebih awal iaitu 4.30pagi. Bagaimanapun, kami terpaksa menunggu di dalam kapal terbang sehingga masa yang telah ditetapkan untuk berlepas.




Penerbangan dari Bahrain ke Jeddah mengambil masa 2jam. Sampai di airport Jeddah, kami diminta menunggu (kurang pasti untuk urusan apa). Selepas selesai segala urusan, kami diminta tuju ke tempat imigresen. Selepas itu, kami berkumpul diluar perkarangan airport dengan jemaah2 dari negara lain. Masing2 menunggu kenderaan yang akan membawa mereka ke tempat yang dituju; ke Mekah atau Madinah.

Semasa dalam perjalanan ke Mekah, kami berhenti di satu tempat untuk semua kenderaan jemaah. Disana kami diberi makanan didalam kotak sebagai alasan perut sebelum sampai ke tempat penginapan.


got to go...
Nanti saya sambung pengalaman di Mekah, Mina & Madinah

Wednesday, 11 August 2010

BBQ

Hari khamis lepas, kami dengan beberapa rakan telah dijemput untuk berBBQ disalah seorang kawan di kawasan apartmentnya.
Bergotong-royang mereka membakar ayam dan daging,
sampai berpeluh2.
Maklumlah berBBQ pada musim panas... hehehe
Selepas berBBQ, kaum lelaki dan anak2 bermandi-mandi di kolam renang.
Seronok betul mereka dapat berenang.












Sunday, 8 August 2010

Makan di Restoran Thai

Sambungan selepas acara shopping....
Kami terus pergi makan malam di restoran thai.
Seperti biasa, saya dan hubby makan papaya salad, tomyam kung dan daging.




Budak yang shopping sakan ni, ambil buffet...
Tapi rasa2 apa yang dia makan tak berbaloi dengan harga



Akhirnya ada pun gambar budak seorang ni.
Yang seorang ni hanya makan tomyam dengan kuew teow


Shopping

Hari jumaat lps (30hb july), kami membawa 2 kawan kami pergi bershopping, walaupun tujuan asalnya hanyalah hendak membuat survey sebelum pulang beraya bersama keluarga di Malaysia.
Beginilah gelagat salah seorang kawan kami...
Terus rambang mata bila melihat barang2 di kedai ini.

Ehem... Yang baju belang2 tu tidak mahu shopping sekali ke?

Kawan: "Bro, yang kat atas tu pun cantik gak... tp tgi la"
Hubby: "Apa lg, bro... panjat la"
Maka inilah terjadi... membelet jika ada terkemek atau tercalar

Ini adalah owner kedai tersebut. Pening kelapa dia melayan kerenah kami.
Hehehe

Beginilah gelagat hubby dan kawan sementara menunggu owner balut barang2 yang dibeli

Hubby: "Awak mari sini!!!!"

Laaaaaa... ajak ambil gambar rupa2nya.
Seriusnya muka :P

Nasib baik ambil gambar dengan saya, hubby senyum.
Kalau tidak......

Kata bawa 2 kawan, kan...
Tapi nape 1 je ada dalam ini gambar...
mmmmm...
Terlupa ambil gambar yang seorang lagi...
Jangan marah ahhhhhhhhhh :D

Sunday, 18 July 2010

Luar lagi...........

Asal hari minggu je, kami mesti makan di luar
Sudah macam kemestian pula
Semalam suami saya teringin makan makanan Lebonan.
Jadi kami pergi ke tempat yang dikatakan oleh stafnya.
Pada saya sama je makanan arab ni.
Jadi seperti kami order fatoush (salad) & hammus sebagai pemulaan.
Makanan utama kami ialah "grill meat" dan " grill taouk".
Pekerja-pekerjanya mungkin dari Syria, kerana keputihan mereka tidak seperti orang-orang Lebonan yang biasa saya jumpa.
Sepanjang kami di sana, pelanggan tidak putus-putus.
PENUH!!!!!
Mungkin kami akan ke sana lagi sekali

Tuesday, 13 July 2010

My Immortal (Original) - Evanescence

Saturday, 26 June 2010

No Vacation

Suamiku mendpt pgilan telefon dr bosnya yg mengatakan training d Algeria dibatalkan.
Maka percutianku juga ke cna jg dibatalkan :'(
Tidak apa mgkin xde rezeki, mgkin rezeki ke tmpt lain pula