10.11.10, pukul 1.30pagi, saya dan suami telah bertolak ke airport untuk berkumpul bersama-sama jemaah lain disana. Di satu sudut, kebanyakkan jemaah lelaki berbaris untuk mendapatkan semula passport daripada travel agent kami.
Selepas itu, kami dan jemaah lain masuk ke tempat penunggu. Walaupun flight kami pukul 5.30pagi tapi kami telah diminta masuk ke kapal terbang sejam lebih awal iaitu 4.30pagi. Bagaimanapun, kami terpaksa menunggu di dalam kapal terbang sehingga masa yang telah ditetapkan untuk berlepas.
Penerbangan dari Bahrain ke Jeddah mengambil masa 2jam. Sampai di airport Jeddah, kami diminta menunggu (kurang pasti untuk urusan apa). Selepas selesai segala urusan, kami diminta tuju ke tempat imigresen. Selepas itu, kami berkumpul diluar perkarangan airport dengan jemaah2 dari negara lain. Masing2 menunggu kenderaan yang akan membawa mereka ke tempat yang dituju; ke Mekah atau Madinah.
Semasa dalam perjalanan ke Mekah, kami berhenti di satu tempat untuk semua kenderaan jemaah. Disana kami diberi makanan didalam kotak sebagai alasan perut sebelum sampai ke tempat penginapan.
got to go...
Nanti saya sambung pengalaman di Mekah, Mina & Madinah
No comments:
Post a Comment