Thursday, 4 March 2010

Hadiah untuk keluarga

Hujung bulan Januari lepas, telah ada "Autumn Fair".
Jadi saya beli barang untuk Umi dan Abah di Malaysia.
Untuk Umi, saya belikan sarung kusyen dari Syria.

Untuk Abah pula, ayat kursi. Ia merupakan hadiah hari lahirnya pada hujung bulan March.

Memandangkan adik ipar saya juga menyambut hari lahir pada awal bulan March, jadi saya belikan shirt dari Marks & Spencer.

Hari lahir Azwa pada awal bulan Februari, jadi saya belikan dia tuala "Princess".

Alang2 mahu menghantar barang2 tersebut, saya sertakan beberapa barang yang saya beli masa pergi Rome, Istanbul dan Cyprus.

No comments: